Banyak orang,banyak garamnya.Macam-macam orang,macam-macam aneka jugalah persepsi dan penilaian mereka pada kita.Ada yang cakap kita sombong,berlagak pandai,tunjuk kaya,etc,etc.Kadang-kadang bila kita ada sejenis golongan manusia yang fikir dia superior dan orang lain inferior sebab tak cukup ilmu di dada,maka lainlah cara layanan yang mereka bagi.Sakit memang sakit.Kalau dah lama pendam,tsunami malah lava gunung berapi pun tak boleh menandinginya.
Aku memang nampak kurang bijak,bukan pelajar 4 flat tapi all flat.Ya,aku sedar.Tapi engkau tak perlulah nak layan aku macam anjing jalanan,kan?Anjing pun kalau dijaga,dibelai boleh jadi secantik lagi semahal anjing poodle,tau tak?Aku pun tak faham,kenapa kita selalu dinilai dengan tahap intellektual sahaja?Adakah dengan menjadi seorang yang pandai lagi petah berdebat dan berkata-kata,menjadikan dia individu yang hebat?Ah,aku tak punya persoalan untuk itu.Namun,apa yang aku tahu,hanya satu sahaja jalan penyelesaiannya,tunjukkan pada mereka."Hoi,ko ingat aku bodoh sangat ke,setakat bagi kerja tutup mata,tutup telinga boleh buat?" "Kau jangan ingat hanya sebab kau pandai cari maklumat,kena puji sebab pandai buat kerja,menjadikan kau pandai.Aku rasa kau tak cukup cermin la,nanti aku kasi hadiah cermin besaaaaarrrrr punyaaa,biar kau tengok puas-puas "kehebatan" kau tu,jangan sampai suatu hari yang indah dan burung berkicauan kau baru sedar orang yang bodoh inilah yang akan "memandaikan" engkau."
Sekian,sahaja entri satu noktah dan satu nafas aku.Sebenarnya lebih pada entri emosi je,Hahahah.
0 orang conteng:
Catat Ulasan