29 Disember 2011

Tiup lilin!

Alhamdulillah,umur makin menginjak,aku masih dapat bernafas dengan berkat dan redhaMu Ya Allah!Syukur,aku berhasrat nak jadi lebih baik baik baik dari sebelum ini.Ye,azam yang lemau.Tapi itu yang aku nak.Biarlah aku mula dari dalam,iaitu dalam hati aku dulu.Aku nak sucikan dan bersihkan hati aku dengan selalu mengingati Dia daripada si dia.Ermm,jadi anak yang solehah,menambah ilmu agama yang cetek dalam diri aku,menjadi pelajar yang lebih serious(buat nota+fokus dalam kelas).Biarlah orang nampak aku skema,kurang pandai,bukan jenis yang 3.5 atau selalu dapat jawapan betul time tutorial atau selalu berebut nak jawab soalan tutorial biarpun sebelum pensyarah panggil nama dari attendance.

Kalau aspek luaran pulak,aku nak berusaha memelihara aurat aku dengan lebih sempurna.Biarlah aku bertatih sikit-sikit pun.Lantak orang nak cakap aku alim mualim ke,macam ustazah ke.Aku tak peduli,pandangan Allah lagi penting.Kita sendiri pun suka makanan dalam tudung saji daripada yang selalu kena hurung dengan lalat,bukan? ;)

Kalau dah pakaian pun sopan lagi menutup aurat,perangai pun kena ada hijab,gak kan?Aha!betul aku nak cuba mengurangkan ayat yang tak manis untuk dituturkan oleh gadis sepertiku(aicehceh),pastu aku nak jauhkan dari mengumpat orang,membuat prasangka buruk dekat orang,Jaga pandangan mata dan segala anggota badan aku dari perkara yang mungkar,insyaaallah!!

0 orang conteng: