28 Disember 2011

Malam kegemilangan

Sempena hari ulangtahun aku,aku nak buat entri last untuk tahun ini merangkap untuk hari jadi aku.Cehh!Takde apa pun sebenarnya,aku rasa tiap-tiap tahun hari jadi aku umur makin bertambah,kan.Bak kata orang umur hanya nombor tapi nombor tu la yang melambangkan betapa lama kita diberi peluang untuk memperbaik diri kita dan peluang untuk menghirup udara segar pagi-pagi sebab Dia bagi kita berbuat demikian.


Jadi,bersyukur la kalau dapat bangun keesokan harinya.Tak kisahlah,kau bangun awal pagi ke tengahari terik,ke kan.Hahahah.Aku tak sangka la macam makin tua dah umur aku,tapi perangai tetap awet muda.Muka pulak?Haruslah awet tua!Kehkekehek=P Ahhh,tak penting yang penting young at heart,gituuww.Sebelum tiup kek,mesti kita berhajat dalam hati azam kita,kan?Macam tu la aku.Aku dah bisik siap-siap dalam hati apa yang aku nak capai tahun depan dan untuk umur yang makin senja ni hah!

0 orang conteng: